Masa kecik-kecik dulu aku agak lasak. Mungkin sebab semua kawan sebaya aku kat kampung tu lelaki. Jadi aku hilang jati diri sebagai budak yang sepatutnya main masak-masak dan kahwin-kahwin.
Mak aku selalu bising sebab seluaq aku selalu terkoyak kat dua tempat, lutut dan celah kangkang. Semua sebab main tuju kasut, panjat pokok, terjun sungai, lumba gerek, mandi bendang, tangkap ikan, polisentri, dan aktiviti-aktiviti lain yang membuatkan aku terpaksa mengangkang dan terjatuh.
Bila pakai kain sekolah atau baju kurung pun sama. Bahagian bawah kain biasanya ada kesan minyak hitam dan rabak sebab termasuk dalam rantai gerek dan dua tiga kali pernah terkoyak sampai peha.
Mak aku cukup tak suka kalau rambut aku panjang. Semak katanya. Dia selalu tipu aku kata nak repair ja tapi diam-diam dia tarah rambut aku sependeknya (supaya dia tak payah potong lagi bulan depan). Bila aku pi main petang-petang, dia suruh aku pakai cap sebab panas nanti demam menyusahkan dia.
Akibatnya, sorang nenek kawan aku ni terkejut beruk bila dapat tau yang aku ni budak perempuan lepas dah berbulan-bulan aku main kat rumah dia.

No comments:
Post a Comment