Wednesday, 12 August 2015

Port Mandi

Kat kampung ada beberapa port untuk mandi dan berenang. Pertama sekali mestilah sungai.

Kampung aku ada satu sungai yang agak besaq. Kat situ ada belat (empangan kecik). Kami budak-budak kampung selalu mandi kat situ sebab ada 'air terjun' kalau pintu belat tu dibukak. Kalau tak bukak pun, kami akan bukak sendiri.

Pernah sekali kami bukak semua pintu belat. Niat kononnya nak bagi air banyak. Last-last kena jerkah dengan sorang pakcik ni. Lepas tu orang dah kunci stereng pintu belat tu. Kami semua menyumpah pakcik tu. Bila dah besaq kami menyumpah diri sendiri sebab bongok sangat.

Kampung aku kat kawasan bendang. Jadi wajiblah berkubang kat situ walaupun penuh dengan lintah. Air selut pun dah berapa gelen telan tapi Alhamdulillah setakat ni hidup dan sihat walafiat lagi. Kalau nak best lagi buat rakit batang pisang. Boleh mandi berjam-jam. Pastu balik rumah mesti kena berleteq dengan mak sebab baju putih semua tukaq jadi kuning.

Kat bendang jugak ada tali air a.k.a parit gila. Orang kampung bagi nama tu sebab dah ramai yang mati tang tu. Tapi dah nama budak kampung tu memang ketegaq. Air kat sini kadang-kadang jernih, kadang-kadang keruh. Boleh tangkap ikan karin. Dalam darjah empat atau lima camtu, kami selalu berkelah kat sini. Berkelah betoi-betoi, siap masak nasik, masak megi dan bakaq ikan.

Last sekali kolam. Tak kisah la kolam apa, asal ada geng memang terjun. Air keleboq pun mandi tak ingat dunia. Siap naik pokok terjun flip.

Tulah antara tempat pemes budak-budak kampung mandi dan berkubang. Tapi apapun sampai la ni aku tak reti berenang.


2 comments:

  1. Bestnya kenangan macam ni...
    Kampung aku hutan belantara je, tak ada kenangan bendang macam ni...hehehe

    Salam singgah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hutan pun ok apa. bleh main tarzan2. hehehe

      Delete