Friday, 14 August 2015

Rumah Hantu

Benda yang aku rasa agak osem yang cikgu aku buat masa sekolah rendah dulu adalah rumah hantu.

Masa tu aku darjah enam. Cikgu kelas kami ajar Matematik. Subjek yang aku paling bodoh. Hari-hari kena pelempang hikmat dia.

Kami susun kerusi meja dalam kelas membentuk jalan yang ala-ala maze. Cikgu kelas aku berjaya merembat langsir hitam makmal sains dan pasang kat kelas kami.

Kami pulak dengan pulunnya pi hutan belakang sekolah, cari pokok kayu, dan heret bawak balik kelas untuk decoration yang lebih ngeri.

Kat pintu masuk, member aku si A pakai kain sembahyang (walaupun dia jantan) dan pakai gigi drakula plastik yang boleh dapat masa beli keropok Aladin. Tugas dia adalah menyergah orang kat situ. Disebabkan dia la ramai budak yang masuk setakat situ ja.

Si B kerja dia paling senang. Bila dia nampak ja orang masuk, dia akan play kaset bunyi hantu mengilai.

Antara prop lain yang ada adalah bantal panjang yang dibalut macam pocong pastu digantung. Si C pulak akan turunkan benda alah tu bila ada orang lalu.

Ada satu kubur yang dibuat dari bata-bata dan pasir. Member aku si D yang rambutnya panjang kena pakai kain sembahyang dan meng'angker' kat situ.

Si E pulak aku xtau la dia jadi hantu apa. Muka dia dihitamkan. Dia dok rilek ja dan tak buat apa. Tapi sapa yang nampak dia lari tak cukup tanah.

Kat dalam memang seronok, kecoh, hingaq, pendek kata best gila la. Aku? Tugas aku jaga pintu keluar.... kat luaq kelas.






2 comments:

  1. Teringat dulu pernah masuk rumah hantu pastu bila kena serbu dgn satu 'hantu' ni aku pergi kasi penumbuk sebijuk. Lebam pipi dia. Hahaha

    ReplyDelete