Tuesday 1 September 2015

Kubu

Kat sekolah menengah aku tak penah duduk kat meja depan. Biasanya aku akan pilih barisan belakang sekali. Rasa lebih selamat. Mungkin sebab aku selalu tak bawak buku, tak siapkan kerja sekolah, atau sebab aku ni agak bodoh dan takut jadi target untuk jawab soalan daripada cikgu.

Meja budak-budak sekolah time ni biasanya balut dengan plastik. Pastu kat bawah plastik tu selit la dengan lukisan ka, gambaq retis ka, lirik lagu atau kata-kata pujangga puitis bajet deep.

Biasanya aku bukak buku teks tapi kat bawah dia wajib ada buku conteng. Buku-buku yang ada dalam beg semua kami susun atas meja. Kat celah-celah buku tu kalau selit majalah pun tak berapa perasan sangat. Lagi tinggi lagi baguih. 

Falsafah: biaq meja sempit asalkan senang nak buat keja lain dan membuta.  



3 comments:

  1. Hahaha...
    Ini skill aku jugak masa sekolah dulu, susun buku atas meja sebab nak sorok kalau2 nak baca komik ke, tidur ke, atau nak mengelak dari kena tanya soalan.
    Tapi bila cikgu sedar skill camni, terus keluar peraturan baru:
    SEMASA SESI PnP DILARANG ADA BUKU ATAS MEJA.

    Maka punahlah harapan nak lelep dalam kelas...hahahahha

    ReplyDelete
  2. da masa jemput follow blog kite balik ye.. http://belogzeera.blogspot.com/

    ReplyDelete