Tuesday 1 September 2015

Kubu

Kat sekolah menengah aku tak penah duduk kat meja depan. Biasanya aku akan pilih barisan belakang sekali. Rasa lebih selamat. Mungkin sebab aku selalu tak bawak buku, tak siapkan kerja sekolah, atau sebab aku ni agak bodoh dan takut jadi target untuk jawab soalan daripada cikgu.

Meja budak-budak sekolah time ni biasanya balut dengan plastik. Pastu kat bawah plastik tu selit la dengan lukisan ka, gambaq retis ka, lirik lagu atau kata-kata pujangga puitis bajet deep.

Biasanya aku bukak buku teks tapi kat bawah dia wajib ada buku conteng. Buku-buku yang ada dalam beg semua kami susun atas meja. Kat celah-celah buku tu kalau selit majalah pun tak berapa perasan sangat. Lagi tinggi lagi baguih. 

Falsafah: biaq meja sempit asalkan senang nak buat keja lain dan membuta.  



Mengaji II

Kami habis mengaji dalam pukul 9.30 malam. Lepas tu abah aku akan mai ambik aku dan kakak aku, escort gerek kami dengan motor dia. Budak-budak lain tumpang diescort sebab memang kami lalu depan rumah depa.

Kami paling suka masa bulan mengambang sebab masa tu malam akan jadi cerah. Jalan memang nampak clear jadi tak payah la tunggu abah aku mai ambik dan boleh balik lebih awal.

Pernah satu hari tu, bulan tak dak tapi aku dengan sorang member lelaki aku rasa macam konpiden boleh balik sendiri. Kami dah set nak berlumba gerek balik rumah. Orang lain baru turun dari tangga rumah, kami pulak dah berdesup kayuh.

Sudahnya kami berakhir di dalam bendang.



Sunday 30 August 2015

Mengaji

Aku start belajar mengaji masa darjah satu. Pi mengaji petang lepas maghrib. Kayuh gerek ja sebab tak jauh mana.

Aku mula dengan mengaji jahama (Juz 'Amma/ Muqaddam). Feeling bangga gila lepas dah habiskan jahama tu sebab lepas tu dah boleh baca Quran. Kira macam naik level la. Masa tu budak-budak yang dah baca Quran ni kiranya otai la.

Aku mengaji dengan budak-budak kampung yang lain. Dalam 10 orang jugak la. Kami buat bulatan dan Allahyarhamah tok guru kami akan tunggu tepi tu. Lepas tu dia akan panggil sorang-sorang pi baca kat dia.

Dia ada satu rotan yang dia buat sendiri. Sapa yang asyik baca salah, main-main atau tak dak improvement memang tu la makan dia.

Akhirnya dalam darjah 4 (kalau tak silap) aku dah khatam Al-Quran. Rasa seronok gila macam dah dapat PhD. Adat orang kampung, lepas tu nenek aku buat kenduri pulut kuning.

Sejujurnya, aku hormat gila kat Allahyarhamah tok guru aku. Kebanyakan benda aku belajar dari dia terlebih dulu sebelum aku belajar kat sekolah. Dia siap ajar pakai formula bagi senang ingat.

Al-Fatihah. Semoga syurgalah tempatmu.





Saturday 22 August 2015

Kad Pengenalan

Cukup ja umoq 12 tahun, mak dan abah aku pun bawak la aku pi jabatan pendaftaran untuk buat IC. Seronoknya toksah cerita la. Zaman tu kalau ada IC maksudnya hang dah dewasa.

Sebelum sampai, mak aku bagitau yang masa buat IC ni kita boleh tukar nama yang kita nak. Sepanjang perjalanan aku eksaited gila dok reka nama-nama yang canggih.

Sampai ja kat jabatan pendaftaran, aku pun bagitau mak dan abah aku nama yang aku nak. Memang depa gelak kaw-kaw kat aku.

Saat tu baru aku tau yang aku telah didustai. Tensen betoi.



Friday 14 August 2015

Rumah Hantu

Benda yang aku rasa agak osem yang cikgu aku buat masa sekolah rendah dulu adalah rumah hantu.

Masa tu aku darjah enam. Cikgu kelas kami ajar Matematik. Subjek yang aku paling bodoh. Hari-hari kena pelempang hikmat dia.

Kami susun kerusi meja dalam kelas membentuk jalan yang ala-ala maze. Cikgu kelas aku berjaya merembat langsir hitam makmal sains dan pasang kat kelas kami.

Kami pulak dengan pulunnya pi hutan belakang sekolah, cari pokok kayu, dan heret bawak balik kelas untuk decoration yang lebih ngeri.

Kat pintu masuk, member aku si A pakai kain sembahyang (walaupun dia jantan) dan pakai gigi drakula plastik yang boleh dapat masa beli keropok Aladin. Tugas dia adalah menyergah orang kat situ. Disebabkan dia la ramai budak yang masuk setakat situ ja.

Si B kerja dia paling senang. Bila dia nampak ja orang masuk, dia akan play kaset bunyi hantu mengilai.

Antara prop lain yang ada adalah bantal panjang yang dibalut macam pocong pastu digantung. Si C pulak akan turunkan benda alah tu bila ada orang lalu.

Ada satu kubur yang dibuat dari bata-bata dan pasir. Member aku si D yang rambutnya panjang kena pakai kain sembahyang dan meng'angker' kat situ.

Si E pulak aku xtau la dia jadi hantu apa. Muka dia dihitamkan. Dia dok rilek ja dan tak buat apa. Tapi sapa yang nampak dia lari tak cukup tanah.

Kat dalam memang seronok, kecoh, hingaq, pendek kata best gila la. Aku? Tugas aku jaga pintu keluar.... kat luaq kelas.






Wednesday 12 August 2015

Port Mandi

Kat kampung ada beberapa port untuk mandi dan berenang. Pertama sekali mestilah sungai.

Kampung aku ada satu sungai yang agak besaq. Kat situ ada belat (empangan kecik). Kami budak-budak kampung selalu mandi kat situ sebab ada 'air terjun' kalau pintu belat tu dibukak. Kalau tak bukak pun, kami akan bukak sendiri.

Pernah sekali kami bukak semua pintu belat. Niat kononnya nak bagi air banyak. Last-last kena jerkah dengan sorang pakcik ni. Lepas tu orang dah kunci stereng pintu belat tu. Kami semua menyumpah pakcik tu. Bila dah besaq kami menyumpah diri sendiri sebab bongok sangat.

Kampung aku kat kawasan bendang. Jadi wajiblah berkubang kat situ walaupun penuh dengan lintah. Air selut pun dah berapa gelen telan tapi Alhamdulillah setakat ni hidup dan sihat walafiat lagi. Kalau nak best lagi buat rakit batang pisang. Boleh mandi berjam-jam. Pastu balik rumah mesti kena berleteq dengan mak sebab baju putih semua tukaq jadi kuning.

Kat bendang jugak ada tali air a.k.a parit gila. Orang kampung bagi nama tu sebab dah ramai yang mati tang tu. Tapi dah nama budak kampung tu memang ketegaq. Air kat sini kadang-kadang jernih, kadang-kadang keruh. Boleh tangkap ikan karin. Dalam darjah empat atau lima camtu, kami selalu berkelah kat sini. Berkelah betoi-betoi, siap masak nasik, masak megi dan bakaq ikan.

Last sekali kolam. Tak kisah la kolam apa, asal ada geng memang terjun. Air keleboq pun mandi tak ingat dunia. Siap naik pokok terjun flip.

Tulah antara tempat pemes budak-budak kampung mandi dan berkubang. Tapi apapun sampai la ni aku tak reti berenang.


Alih suara

Aku dan kakak aku suka berlakon. Kami suka buat macam-macam suara untuk bezakan watak.

Dulu-dulu ada banyak ceta kartun, ceta superhero dan drama Jepun yang dialih suara. Kami suka tiru suara depa. Tapi kami selalu pelik dan kagum macam mana mulut depa bergerak tak sama dengan apa yang depa cakap.

Mak aku suka tengok drama Oshin. Dalam cerita tu selalunya depa pakai kimono, makan mi dan duduk kat meja kecik.

Jadi itu yang kami buat. Ambik selimut lilit kat pinggang, pastu ikat bantal kecik kat belakang. Gigih masak megi pastu makan atas meja kopi. Acuan kuih lompang tok kami rembat buat cawan.

Part paling bodoh bila aku bercakap, aku hanya gerakkan mulut dan kakak aku yang akan bercakap untuk aku.



Kucing Bertatu

Waktu tingkatan 2, aku duduk kat kelas yang paling corot. Pastu duduk kat meja yang paling belakang.

Ada sekor kucing kaler putih. Dia suka masuk kelas time budak-budak tengah rehat, pi bengkel atau makmal sains. Kucing ni bukan setakat busuk badan tapi busuk hati sekali. Dia akan kencing dekat beg budak-budak yang duduk kat row belakang.

Nak dijadikan ceta, aku dengan member-member aku tak puas hati. So kami pakat tangkap dia. 

Dengan berbekalkan marker sebatang, kami pun conteng satu badan dia. Siap bubuh lipstik.

Akhir sekali kami taburkan prada sebagai sentuhan terakhir. Maka jadilah ia seekor kucing bertatu yang glorious.

Kepada sang kucing, cek mintak maaf zahir batin!! (bajet dia boleh baca)



Tuesday 11 August 2015

Kekeliruan

Masa kecik-kecik dulu aku agak lasak. Mungkin sebab semua kawan sebaya aku kat kampung tu lelaki. Jadi aku hilang jati diri sebagai budak yang sepatutnya main masak-masak dan kahwin-kahwin.

Mak aku selalu bising sebab seluaq aku selalu terkoyak kat dua tempat, lutut dan celah kangkang. Semua sebab main tuju kasut, panjat pokok, terjun sungai, lumba gerek, mandi bendang, tangkap ikan, polisentri, dan aktiviti-aktiviti lain yang membuatkan aku terpaksa mengangkang dan terjatuh.

Bila pakai kain sekolah atau baju kurung pun sama. Bahagian bawah kain biasanya ada kesan minyak hitam dan rabak sebab termasuk dalam rantai gerek dan dua tiga kali pernah terkoyak sampai peha.

Mak aku cukup tak suka kalau rambut aku panjang. Semak katanya. Dia selalu tipu aku kata nak repair ja tapi diam-diam dia tarah rambut aku sependeknya (supaya dia tak payah potong lagi bulan depan). Bila aku pi main petang-petang, dia suruh aku pakai cap sebab panas nanti demam menyusahkan dia.

Akibatnya, sorang nenek kawan aku ni terkejut beruk bila dapat tau yang aku ni budak perempuan lepas dah berbulan-bulan aku main kat rumah dia.



Hobi

Aku suka melukis walaupun aku takdaklah berbakat pun. Masa kat tadika kawan-kawan selalu request suruh aku lukis gambaq pengantin lelaki dan pompuan. Pastu depa akan bubuh nama depa dan pakwe depa.

Walaupun aku suka melukis, tapi aku benci mewarna. Jadi pensel warna yang mak aku beli biasanya aku conteng kat badan.

Disebabkan minat aku tu, habis dinding rumah aku penuh dengan karya seni. Lepas tu makan penampaq mak aku. Menangis. Pastu esok buat lagi kat tempat lain pulak.

Kakak aku suka kumpul stem. Dia ada satu buku album stem. Mak aku akan bawak balik stem dari opis dia. Kakak aku akan rendam stem-stem tu dalam air, jemoq sampai kering, lepas tu susun cantik-cantik.

Aku pulak conteng kulit album tu dan kertas surih yang ada kat setiap muka surat.




Kawan Imaginasi

Masa kecik-kecik dulu aku dan kakak aku ada imaginary friends. Biasanya org lain tak boleh nampak imaginary friend kita tapi aku dengan kakak aku siap boleh share pulak. Bukan sorang tapi dua tiga jugaklah.

Nama depa Encik Lantun, Cik Pinpin, Cik Azizah dan sorang lagi aku tak dapat ingat. Cik Pinpin selalu bawak gerek. Cik Azizah pulak cun orangnya. Encik Lantun tu salesman.

Masa kami main sama-sama terasa havocnya sebab ada depa. La bila pikiaq balik... scary.



Tuesday 4 August 2015

Aku Gwen

Gwen.
Itu nama yang aku dapat sebab aku terlalu obses dengan Gwen Stefani suatu ketika dulu.
Ya, waktu remaja yang penuh dengan extremism.

Nama tak penting.
Yang penting jasad dan jiwa.